Ohh dia bagi satu laguu teruss...
Ok finee, meh saya belanja satu lagu jugakk...😵💫
Semut berkawad satu-satu, hora horey
Semut berkawad satu-satu, hora horey
Semut berkawad satu-satu, Didi kutip gula batu
Dan semut berkawad pulang ke busut berjumpa ratu semut
Boom, boom, boom, boom
Boom, boom, boom, boom 💥
Hahaha ok tak lagu saya sweet kan sampai bersemut 🐜
Sejak kali pertama saya jatuh hati dgn @juliananazarudin adalah kerana agamanya. Itu sebab utama saya pilih dia jadi kekasih halal saya🥰
Saya banyak kelemahan diri tapi saya yakin kehidupan adalah satu proses, proses utk belajar dan menuntut ilmu 📚
Saya yakin & percaya dgn adanya kekasih halal bergelar isteri, dia akan melengkapi, menasihati & menyokong dalam setiap perkara yg sy buat. Rezeki lepas nikah tu memang ada , memang ada dan memang ada🥰
Saya tahu, sy buat sesuatu yg luar biasa, jadi saya perlukan seorang isteri yg faham agama, rendah diri & faham diri saya. Itu apa yg dikurniakan kepada saya & dalam keluarga kami sepanjang 8 tahun❤️
Harini, byk perkara yg kami saling belajar, saling perbaiki, saling mengenali, saling memahami dan terpandu di atas landasan yang betul bermatlamatkan akhirat sepertimana waktu kami akad nikah 8 tahun yg lalu🥰
Syukur, moga Allah pelihara iman dan taqwa dalam diri kami berdua & juga anak-anak kami, yg sentiasa byk kekurangan tapi akan tetap mengharapkan redha dari yang Esa🤲🏻
Saya kagum sgt bila mijun jaga aurat dan ia ditutup dgn sebaik-baiknya, selebihnya, serah pada Tuhan Yang Maha Mengetahui🥰
Moga ramai lagi bakal isteri diluar sana yang akan jadi isteri yg menjaga adab, akhlak, aurat & peribadi diri yang baik supaya boleh dibawa & diteruskan ke pada zuriat kalian semua sehingga ke penghujung masa❤️
Buat bakal suami, persiapkan diri dgn sebaik-baik akhlak & selengkap-lengkap ilmu untuk dijadikan bekalan menjadi 'kapten' bahtera rumahtangga yang jauh jarak perjalanannya🥰
Moga kita berjumpa di 'destinasi di sana' suatu hari nanti, disambut penuh redha & restu dari Yang Maha Satu🤲🏻
Yang penting kita sempurnakan apa yang wajib dan dituntut, yang lain kita jalani seperti biasa🥳 #familylifeoftm #taleebmizad #restucinta